Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPJ laksana kurikulum baharu selewat-lewatnya hujung tahun ini

jpj2

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan kurikulum baharu bagi semua sekolah memandu seluruh negara selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Yusoff Ayob, berkata kurikulum yang dijadual mula dilaksanakan April lalu itu terpaksa diganjakkan kerana terdapat masalah teknikal membabitkan proses cetakan modul.

“Kita bukan sengaja melewatkan pelaksanaan kurikulum baharu ini tapi kita menghadapi beberapa masalah teknikal termasuk proses mencetak modul itu.

“Oleh itu pelaksanaannya akan bermula dua atau tiga bulan lagi dan selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Yusoff berkata, kurikulum yang akan dilaksanakan itu merangkumi tiga komponen utama membabitkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pemandu.

Beliau berkata, tiga komponen itu bertujuan melahirkan pemandu yang lebih berhemah di jalan raya.

Komen


Berita Berkaitan