Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPJ berada di 112 lokasi seluruh negara

jpj

SUNGAI PETANI – Sebanyak 112 lokasi di jalan persekutuan seluruh negara akan dipantau anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena kempen keselamatan jalan raya menjelang sambutan Aidilfitri akhir bulan ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata anggota JPJ akan ditempatkan di setiap 30 kilometer  bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan sekali gus mengelakkan kemalangan.

“Anggota JPJ ini ditempatkan untuk memerhati dan sebagai peringatan kepada pengguna agar mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dengan laju, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.

“Selain jalan persekutuan, anggota JPJ dengan bantuan 500 Skuad Muda JPJ akan ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan dan akan memeriksa bas ekspres, bas persiaran dan bas tambahan yang berhenti di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan R&R akan melibatkan tayar dan brek kenderaan, selain memastikan setiap bas mempunyai dua pemandu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Kempen keselamatan jalan raya yang bermula esok (hari ini) sehingga 5 Ogos nanti, juga akan lebih tertumpu di depot bas di seluruh negara, dan hanya bas yang menepati syarat ditetapkan sahaja yang dibenarkan keluar dari depot.

“Sebanyak 31 terminal bas terpilih di seluruh negara juga akan ditempatkan anggota kita bersama-sama kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tujuan pemeriksaan air kencing terhadap pemandu bas,” kata Ismail.

Berhubung statistik kemalangan pada tahun lalu, beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang utama kadar kematian di jalan raya iaitu sebanyak 61 peratus daripada 6,915 mangsa kemalangan maut. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan