Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPJ Akan Guna Motosikal Kuasa Tinggi Untuk Operasi Jalan Raya

1:22pm 15/11/2015 Pak Roshan 319 views Mutakhir,Nasional

jpj

JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan beberapa kenderaan baru dalam operasinya bagi memantapkan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan.

Menerusi laman Facebook rasmi JPJ, kelihatan gambar beberapa unit motosikal jenis Kawasaki yang dimuat naik dalam sebuah pautan bertarikh 15 November 2015.

jpj2

jpj3

JPJ4

JPJ

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu merasmikan majlis pelancaran berkata, sebagai permulaan sebanyak 20 buah motosikal jenis Kawasaki Versys 650 diserahkan untuk digunakan oleh JPJ Selangor dan Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, JPJ turut memperoleh aset baharu berupa 80 buah kenderaan pelbagai guna, Honda CRV dan 71 buah pacuan empat roda jenis Ford Ranger serta14 buah Ford Transit hari ini.

Moga dengan aset terbaru ni, semangat dan etika warga kerja JPJ dapat dipertingkatkan.

Sistem perbaharui lesen dan cukai jalan juga harapnya dipermudahkan lagi dan pastikan semua kaunter yang ada dibuka untuk kemudahan bersama.

Apa-apa pun, moga terus berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat dan negara.-MYNEWSHUB.CC

jpj3

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan