Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPBM Tawau menang 3 kes perlanggaran undang-undang

Ismaidi melakukan pemeriksaan baris pada  Majlis Serah Terima Tugas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau yang baharu di Balai Bomba Tawau. - foto Masani Sandan
Ismaidi (tengah) melakukan pemeriksaan baris pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau yang baharu di Balai Bomba Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau memenangi tiga kes perlanggaran undang-undang mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang pertama kali dibawa ke Mahkamah Majestrit Tawau pada tahun lalu.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata, sebanyak empat lagi kes akan didakwa di mahkamah mengikut akta yang sama selepas notis yang dikeluarkan kepada pemilik premis gagal dipatuhi.

“Kita bukannya mahu menghukum, tetapi memberi pengajaran kerana yang lebih penting adalah aspek keselamatan semua pihak terlibat dan kita mahu pemilik premis mematuhi undang-undang dan peraturan yang disediakan,’’katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau yang baharu di Balai Bomba Tawau, membabitkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau antara Rudy Fredzek yang digantikan dengan Mohd Razali Awang Ahmad, di sini hari ini.

Ismaidi berkata, antara kesalahan yang direkodkan adalah pemilik premis tidak memiliki perakuan bomba dan mempunyai perakuan bomba tetapi tidak melakukan penyelenggaraan.

Dalam pada itu katanya, JBPM Tawau berjaya menyelamatkan sejumlah RM1,178 juta nilai harta sepanjang 2014 dengan nilai kerugian direkodkan pada jumlah RM360 juta serta sebanyak RM817 juta pula bagi nilai yang berjaya diselamatkan.

Menurutnya, pihak bomba turut mencadangkan pembinaan sebanyak lima buah balai bomba bantuan di daerah ini iaitu di Kalabakan, Merotai, Balung, Pulau Sebatik dan Bandar Sri Indah, sebagai tindakan masa segera bantuan menyelamat dan memadam kebakaran.

“Jarak antara kawasan-kawasan ini dengan balai yang sedia ada jauh dan apabila berlaku kejadian, anggota kita tidak sempat untuk menyelamat atau memadam kebakaran dan hanya sempat melakukan penyiasatan.

“Jadi kita cadang agar balai bomba bantuan dibina di kawasan agar misi menyelamat dan memadam kebakaran itu dapat dilakukan dengan kadar yang lebih segera dan dapat mencapai Prestasi Indeks Utama (KPI) yang ditetapkan,” ujarnya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan