Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPAM Sandakan Agih 24,570 Liter Air Bersih Di Kampung Bambangan

gambar hiasan
gambar hiasan

SANDAKAN : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sandakan mengagihkan sejumlah 24,570 liter air di Kampung Bambangan, Batu Sapi sejak Sabtu lepas hingga hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam JPAM Sandakan merangkap Setiausaha Bencana Sandakan Left Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata operasi dilakukan berikutan penduduk di kampung itu menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih berikutan musim kemarau dan fenomena El-Nino.

Setiap rumah di kampung Bambangan menerima sejumlah 910 liter seminggu bagi kegunaan memasak dan minum, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya bantuan bekalan air bersih daripada agensi-agensi kerajaan telah pun tamat dan kini pihak JPAM membantu operasi pengagihan air bersih.

Roslan berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan untuk melaksanakan operasi pengagihan bekalan air bersih di Kampung Tanjung Batu, Sukau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan