Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPAM Sabah Rasmi Pikul Peranan Pengurusan Bencana Negeri

8:36pm 19/11/2015 Pak Roshan 35 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jpamm

KOTA KINABALU : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah hari ini secara rasmi memikul peranan sebagai sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana di Sabah.

Pengarah JPAM Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata sebelum itu tugas berkenaan di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah namun pada Ogos lepas Kabinet negeri telah memutuskan agar tugas itu diserahkan kepada JPAM.

“Tugas JPAM dan MKN adalah sinonim tetapi dalam pengurusan bencana ini kami menganggap MKN sebagai mentor dan kita akan sentiasa berhubung dengan MKN untuk mendapatkan tunjuk ajar lanjut.

“Dari segi pendedahan awal kita sudah ada tetapi dari segi pelaksanaan itu kita mahu contohi sepertimana MKN laksanakan pengurusan bencana itu sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tugas sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana daripada MKN kepada JPAM dekat sini pada Khamis.

Pada majlis itu, JPAM diwakili oleh Mulliadi manakala Setiausaha Keselamatan Negeri Rodzi Md Saad mewakili MKN dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Selain itu, jelas Mulliadi usaha mengukuhkan keupayaan pengurusan bencana akan diperluaskan sehingga ke peringkat komuniti.

“Kami sedang berusaha memperlengkapkan semua komuniti atau kampung di Sabah ini dengan ilmu pertahanan awam atau ilmu kesiapsiagaan awam supaya mereka dapat bertindak pantas sekiranya berlaku bencana mahupun kecemasan,” tambahnya.

Katanya, JPAM Sabah akan melaksanakan inisiatif itu dalam memastikan komuniti mampu bertindak balas terhadap sebarang kejadian bencana di samping mempunyai semangat serta daya tahan tinggi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan