Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPAM berjaya menangkap Ular Tedung Selar sepanjang 12 kaki 8 inci

10:22pm 15/03/2016 Leolerry Lajius 952 views Tempatan
Ular Tedung Selar yang berjaya ditangkap oleh pihak JPAM.

Ular Tedung Selar yang berjaya ditangkap oleh pihak JPAM.

BEAUFORT: Seekor ular Tedung Selar seberat 6 kilogram 500 gram dan panjang 12 kaki 8 inci berjaya ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kampung Koras Bukau, di sini, petang tadi.

Pihak JPAM telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dari seorang pemanggil iaitu Rosni Binti Mazin pada jam 3.26 petang.

Bertindak atas makluman Skuad Charlie telah bergerak ke lokasi dan menemui ular tedung tersebut seperti yang dilaporkan mangsa.

Operasi selesai sepenuhnya pada jam 4.17 petang. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan