Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JOWOKI SIAP SEDIA AMBIL ALIH KUASA

jokowi sedia jadi presiden

Jakarta: Ketika calon presiden yang kalah, Prabowo Subianto berusaha menafikan keputusan rasmi pilihan raya presiden 9 Julai lalu, Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo yang dipilih sudah mula membentuk peralihan kuasa daripada pentadbiran sekarang, lapor The Jakarta Post.

Jokowi yang juga Gabenor Jakarta dikatakan sudah menyediakan satu pasukan yang disifatkan beliau sebagai ‘pasukan merapatkan’ bertujuan untuk menyenaraikan program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh

lima tahun penggal pemerintahannya itu. Pasukan terbabit yang diperkenalkan semalam, membabitkan golongan profesional yang juga akan membentuk pentadbiran baharu beliau.

“Pasukan peralihan ini akan bekerja dari pejabat yang sama dengan pasukan petugas kami sekarang tetapi kedua-dua akan mempunyai deskripsi tugas tersendiri,” kata Jokowi.

Katanya pasukan peralihan itu akan memberi tumpuan kepada mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk Indonesia selain cabaran yang dihadapi oleh pentadbiran beliau manakala pasukan sedia ada akan mendekatinya dan menilai individu bagi jawatan menteri dalam kabinetnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengisi mengisytiharkan Jokowi dan rakan gandingannya, Jusuf Kalla sebagai pemenang pilihan raya presiden pada 22 Julai lalu, dengan meraih 53.15 peratus daripada 133 juta undian di seluruh dunia.

Pesaingnya, Prabowo cuba untuk menggunakan pendekatan undang-undang bagi mencabar keputusan yang menyaksikan Jokowi-Kalla menang dengan 8 juta undi.

Komen


Berita Berkaitan