Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jordan balas dua nyawa

KELUARGA Muath dari puak Karak berkumpul di dewan perhimpunan suku itu di Amman.
KELUARGA Muath dari puak Karak berkumpul di dewan perhimpunan suku itu di Amman.

Amman: Jordan melaksanakan hukuman gantung terhadap dua anggota al-Qaeda warga Iraq sebelum subuh semalam hanya beberapa jam selepas video disebarkan di Internet menunjukkan juruterbang Leftenan Muath al-Kaseasbeh dibakar hidup-hidup di dalam sangkar.

Jurucakap kerajaan, Mohammed al-Momani berkata, Sajida al-Rishawi dan Ziad al-Karbouly digantung sampai mati sebelum Subuh di penjara Swaqa.

Dua ambulans kemudian dilihat membawa mayat mereka dengan dikawal rapi sebelum dikebumikan.

Sajida dihukum mati kerana terbabit dalam pengeboaman tiga hotel pada 2005 yang mengakibatkan 60 maut. Ziad pula didapati bersalah merancang keganasan terhadap warga Jordan di Iraq pada 2008.

Tajuk akhbar menjanjikan Jordan akan membalas dendam atas kematiannya itu dan Raja Abdullah II yang berada di Washington memendekkan lawatannya itu. – AP

Komen


Berita Berkaitan