Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jom meriahkan Konsert Tahun Baharu Cina Tenom 2016

Tuan Hj. Ali (Dua dari kanan) bersama ahli jawatankuasa pelaksana konsert tersebut.
Tuan Hj. Ali (Dua dari kanan) bersama ahli jawatankuasa pelaksana konsert tersebut.

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Konsert Tahun Baharu Cina Tenom 2016 yang akan diadakan pada 23 Januari nanti, anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Sabah Vfm dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom dan Dewan Perniagaan Tionghua Tenom.

Konsert ini berkonsepkan hiburan dan persembahan pentas yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom bertujuan untuk mempromosikan terbitan Sabah Vfm, memperkenalkan penyampai Sabah Vfm siaran bahasa cina dan juga mengeratkan silaturahim antara masyarakat.

Menurut Pengarah Penyiaran Sabah Tuan Hj. Ali Hj. Ngasio, konsert tersebut turut menampilkan kelainan dengan persembahan gimik dari penyampai Sabah Vfm siaran bahasa cina dan juga turut mengadakan  soalan kuiz.

“Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada konsert tersebut adalah, cabutan tiket bertuah, persembahan tarian singa dan naga, persembahan tarian tradisi cina dan juga persembahan silap mata, “katanya ketika sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Sabah.

Konsert tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis tempatan iaitu Lam Kong Yaw, Liew Guang Yee, Slyvia Voo Ming Yin dan Lee Young Fah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan