Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,703

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Joli Sakan

10:35am 11/11/2015 Pak Roshan 3891 views Global
SUPARMAN menunjukkan buku bank dan SMS dalam telefon bimbitnya yang memberitahu wang RM1.64 juta didepositkan ke akaunnya.

SUPARMAN menunjukkan buku bank dan SMS dalam telefon bimbitnya yang memberitahu wang RM1.64 juta didepositkan ke akaunnya.

Landak, Indonesia: Seorang lelaki yang berjoli sakan selepas wang tunai Rp5.1 bilion (RM1.64 juta) tiba-tiba dimasukkan ke akaunnya kini bakal berdepan tindakan apabila diarahkan memulangkan duit berkenaan.

Suparman, 51, berkata, kejadian berlaku pada 2 Februari lalu apabila dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon memberitahu wang berjumlah Rp5.1 bilion didepositkan ke akaunnya.

Terkejut dengan SMS itu dia segera pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) membuat pengeluaran Rp10 juta (RM3,213) dan memindahkan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada hari yang sama dia membuat pengeluaran wang tunai di ATM Rp510 juta (RM163,837).

Dia kemudiannya membuat lagi beberapa pengeluaran menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dikeluarkannya berjumlah hampir Rp2.2 bilion (RM706,596).

Beberapa hari selepas itu, Suparman cuba membuat pengeluaran lagi, tetapi malangnya mendapati wang dalam akaunnya sudah tiada lagi.

“Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan dari Bank Negara Indonesia (BNI) yang memberitahu wang itu tersilap didepositkan ke akaun saya.

“Paling mengejutkan saya, BNI meminta saya mengembalikan sebahagian wang berkenaan.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggantikan wang itu yang sudah habis saya belanjakan,” katanya.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan