Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jokowi selar haramkan Go-Jek

9:44am 19/12/2015 Pak Roshan 14 views Global
SEORANG penunggang Go-Jek membawa penumpang di Jakarta.

SEORANG penunggang Go-Jek membawa penumpang di Jakarta.

Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam menyelar seorang menterinya selepas dia mengumumkan pengharaman perkhidmatan pengangkutan seperti Uber dan Go-Jek sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

Tindakan Menteri Pengangkutan Ignasius Jonan mengharamkan perkhidmatan itu yang mendorong lonjakan saham syarikat teksi pada urus niaga pagi dilihat sebagai satu lagi kejadian memalukan Jokowi.

Hanya beberapa bulan lalu dia mempelawa penunggang motosikal yang bekerja dengan Go-Jek makan bersamanya di Istana Negara.

“Usaha generasi muda tidak boleh disekat dan aplikasi seperti Go-Jek wujud kerana ia diperlukan masyarakat,” kata Jokowi kepada wartawan di istananya, semalam.

Akhbar Kompas melaporkan kelmarin, kementerian Jonan mengharamkan penggunaan kenderaan peribadi untuk dijadikan pengangkutan awam.

Menteri itu bagaimanapun menarik balik sekatan berkenaan semalam dengan berkata, perkhidmatan pengangkutan yang menggunakan aplikasi online dibenarkan beroperasi sehingga usaha menyediakan pengangkutan awam secukupnya selesai.

Dia tidak memberi butir lanjut.

“Kejadian itu menunjukkan Jokowi gagal mengawal menterinya. Kelihatan ada kebebasan di peringkat kementerian untuk membuat keputusan sendiri tanpa perlu berkomunikasi dengan presiden,” kata Firman Noor, penganalisis politik di Institut Sains Indonesia. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan