Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jokowi nafi laksana ‘pembersihan’

Jokowi (kiri ) dan Susilo.
Jokowi (kiri ) dan Susilo.

Jakarta: Presiden Jokowi menafikan kerajaannya sedang melaksanakan ‘pembersihan’ orang Susilo Bambang Yudhoyono seperti didakwa sesetengah pihak.

Dalam kenyataannya melalui Facebook, Jokowi berkata, tidak berlaku sebarang usaha mengetepikan petugas yang dikaitkan dengan bekas presiden itu.

“Tiada berlaku patahan politik atau pertempuran antara generasi.

“Apa yang berlaku kini ialah penyusunan semua organisasi kerajaan secara berperingkat dan penelitian setiap usaha yang dijalankan,” katanya.

Isu ‘pembersihan’ itu muncul selepas berlaku usaha menggantikan Ketua Polis Indonesia sedia ada dengan tokoh yang disenangi Jokowi.

Jen Sutarman yang sepatutnya berkhidmat sehingga Oktober ini cuba digantikan Jokowi dengan pegawai kanan lain sebelum namanya dikaitkan dengan siasatan rasuah.

Jokowi kemudian menamakan Timbalan Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti sebagai pemangku.

Kata Jokowi, sebarang perancangan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan jika ia didapati berkesan, manakala jika sebaliknya, ia akan diperbaiki.

“Jika ada penggantian pegawai, ia hanya perubahan pengurusan biasa,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan