Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jokowi Cerita Kisah Pahit Lawatan Rasmi Ke Malaysia

jokowi

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, merancang untuk menghalang rakyat negara itu daripada bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara terutama Malaysia, menurut laporan agensi berita rasmi Antara.

Alasan ketua negara Indonesia itu ialah beliau berasa agak kurang selesa ketika berbincang isu pembantu rumah dengan pemimpin Malaysia semasa lawatan rasminya selama tiga hari ke negara tersebut sebelum ke Brunei dan Filipina awal Februari lalu.

Widodo menyifatkan tugas amah berkenaan yang melakukan kerja-kerja rumah dengan majikan luar negara secara tersirat telah menjejaskan maruah dan nama baik Indonesia khasnya jika pekerja terbabit memang bermasalah disiplin.

Bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan

“Dalam tempoh yang sesegera mungkin, kita akan hentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia sebagai pembantu rumah secepat-cepatnya. Kita perlu ada keyakinan tinggi dan harga diri,” ujarnya seperti dilaporkan media Indonesia.

Malah beliau sudah mengarahkan Menteri Tenaga Manusia Indonesia untuk segera menyelesaikan isu tersebut, termasuk secara berperingkat membawa pulang semua warganya yang bekerja di negara asing tanpa dokumen perjalanan sah.

Widodo berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama Musyawarah Nasional II Parti Hati Nurani Rakyat atau Hanura di Solo atau nama rasminya kini, Surakarta, wilayah Jawa Tengah; tempat beliau dilahirkan 53 tahun lalu.

Pada majlis itu, Widodo, yang pernah menjadi datuk bandar Solo dari 2005 sebelum menjadi Gabenor Jakarta pada 2012; mengatakan beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Brunei dan Filipina.

Pengalaman paling pahit, menurut beliau, amat dirasai ketika membuat kunjungan perdana ke Malaysia bahkan hatinya ‘sakit’ apabila menerima laporan, kebanyakan daripada tenaga kerja Indonesia di Malaysia berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Ujar Jokowi, daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di seluruh dunia, 1.2 juta daripadanya adalah pekerja tanpa langsung ada dokumen yang sah, dan paling memalukan beliau, apabila diberitahu majoriti bertugas di Malaysia. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan