Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Joko Widodo-Jusuf Kalla menang pilihan raya presiden Indonesia

presiden indonesia

JAKARTA – Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi dan regunya, Jusuf Kalla ‘JK’ memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada Selasa malam, lapor Antaranews.com.

Jokowi-JK memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada keseluruhan 133,567,276 undi sah.

Lawan mereka Prabowo Subianto dan regunya Hatta Rajasa menerima 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Menurut Antara, KPU menerima mandat perlembagaan untuk secara rasmi mengumumkan keputusan pilihan raya pada Selasa.

Presiden dan naib presiden, Joko Widodo dan Jusuf Kalla akan bertugas secara rasmi pada 24 Oktober untuk selama lima tahun.

Jokowi merupakan Gabenor Jakarta dan kader Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan JK merupakan bekas naib presiden, ahli perniagaan dan ahli politik kanan Parti Golkar, lapor Antara.

Jusuf Kalla merupakan bekas naib presiden bagi temnpoh 2004-2009 dan masih memegang pengerusi Palang Merah Indonesia dan Majlis Masjid Indonesia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan