Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Johor Negeri Terkini Dilanda Banjir, Kluang Dan Muar Terjejas

Keadaan bandar Segamat di Johor ketika berlakunya banjir pada 2012
Keadaan bandar Segamat di Johor ketika berlakunya banjir pada 2012

Johor menjadi negeri terkini dilanda bencana banjir apabila dua daerah di negeri itu mula terjejas sementara negeri lain Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah.

Daerah Kluang dan Muar mula terjejas apabila seramai 214 orang mangsa terpaksa dipindahkan ke lima buah pusah pemindahan sementara hari ini, memetik laporan Bernama.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor berkata, di Kluang sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 buah keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

“Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana.

“Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan