Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Johan qari, qariah mewakili Sook dalam pertandingan MTQ bahagian

10:18pm 13/02/2016 Ann Vivien 35 views Isu Semasa,Tempatan
Kedua-dua Johan tersebut

Kedua-dua Johan tersebut

KENINGAU: Imam Wasli Saupin dari kampung Kebuan dan Ustazah Norsilawati Jainal merupakan seorang guru kelas Fardu Ain KAFA di Kampung Sinulihan Baru masing-masing dinobatkan sebagai johan bagi kategori Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah Kecil Sook yang diadakan di Dewan kampung Sinulihan Baru dekat sini pada Khamis lepas.

Kedua-dua pemenang johan itu nanti bakal mewakili Daerah Kecil Sook ke pertandingan MTQ  peringkat bahagian yang akan di adakan di daerah Tambunan.

Manakala pemenang Qariah untuk tempat kedua  dan ketiga masing-masing dimenangi oleh adik Nursahadah Sadiman dari kampung Sinulihan dan Ustazah Sitilah Mairin dari Kampung Kebuan.

Sementara itu bagi kategori Qari pemenang tempat kedua  dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Imam ismail Jasmin dari Kampung Rancangan Penempatan Belia Tulion dan Ustaz Shah Mohamad Sharil dari Pekan Sook.

Sementara itu, bagi  pertandingan Hafazan kategori lelaki bagi pelajar sekolah rendah johannya telah di menangi oleh Adik Mohamad Fareez Sabily dari  KAFA Kg.Binuwou tengah manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh adik Riduan Shah nasarrudin dari  KAFA Kg.Sinulihan Baru  dan adik Khairul Fikri Akimin dari  KAFA Kg.Terelobou Baru. Bagi pemenang pelajar perempuan pada pertandingan sama pemenang johannya ialah adik Nurassyuratun Rajimin manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi adik Rabiatul Adawiyah Karimin dan Nur Magfirah Azman.Kesemua pemenang untuk kategori ini dari KAFA Kg.Sinulihan Baru.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan