Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKR rugi RM1.2 billion

John Anthony (tengah) menunjukkan sesuatu pada banner itu selepas melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah Operasi/Seggara  Ir.Amrullah Kamal dan Jurutera Tambunan Engr.Nelson George serta tetamu lain. - foto Kalawon Sawing
John Anthony (tengah) menunjukkan sesuatu pada banner itu selepas melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah Operasi/Seggara Ir.Amrullah Kamal dan Jurutera Tambunan Engr.Nelson George serta tetamu lain. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Tiga faktor iaitu bencana alam. lebihan muatan berat, pembinaan jalan haram dan pemasangan saluran paip tidak betul telah menyebabkan Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Sabah mengalami kerugian sejumlah RM1.2 billion.

Pengarahnya, Datuk Ir. John Anthony berkata, daripada jumlah itu pecahan nilai kos kerugian kerosakan bagi jalan raya negeri berjumlah RM130 juta, jalan raya Persekutuan (RM70 juta) manakala RM200 juta itu disebabkan oleh kerosakan akibat bencana alam yang berlaku pada tahun 2014 lalu.

“Kita akan mencari alternatif lain menambah ketinggian jalan raya yang berisiko dinaiki air semasa banjir di seluruh negeri, ke tahap yang lebih sesuai bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program kesedaran jalan raya anjuran JKR bahagian pedalaman Keningau di Dewan Masyarakat, di sini hari ini.

Mengenai kesesakan di pekan Keningau, Anthony berkata, pihaknya akan membina satu lagi jalan pintas bagi mengelak kesesakan di kawasan pekan terutamanya pada waktu puncak.

“Jalan sedia ada di pekan Keningau akan dijadikan laluan utama setelah jalan pintas itu siap nanti seterusnya akan mengurangkan kesesakan di pekan ini,” ujarnya.

Terdahulu berucap dalam majlis itu, beliau berkata, punca lain kerosakan jalan raya adalah aktiviti pembinaan oleh pihak ketiga di koridor jalan yang dilakukan sewenang-wenangnya sehingga memberi kesan negatif terhadap perkhidmatan kepada pengguna jalan raya.

“Aktiviti seperti pemasangan utiliti, pembinaan jalan masuk secara haram, mengangkut muatan yang berlebihan bagi kenderaan berat, mendirikan struktur seperti gerai, papan ta.nda dan lain-lain di koridor jalan raya tanpa izin JKR telah mengakibatkan jalan dan menjejas keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya.

Sementara itu katanya, kerja penyenggaraan jalan luar jangka daripada aktiviti haram ini adalah satu tugas sangat membebankan kerana kebanyakan daripada kerosakan tersebut adalah sangat serius sehingga memerlukan pembinaan semula struktur jalan.

Oleh itu katanya, melalui program yang diadakan ini menjadi medium kepada semua pihak terutamanya bagi pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini mengenali kepentingan untuk menjaga jalan raya dan menggunakannya dengan selamat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan