Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,820

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKR Kota Marudu diminta segera baiki jalan rosak- Jelani

8:41am 18/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 793 views Tempatan
Jelani meninjau jalan Kg Tuboh - Kg Nangka yang mengalami kerosakan yang teruk

Jelani meninjau jalan Kg Tuboh – Kg Nangka yang mengalami kerosakan yang teruk

MATUNGGONG- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato’ Jelani Hamdan memberi amaran kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu segera memperbaiki jalan-jalan yang rosak dibawah jagaan dan tanggungjawab mereka dalam kawasan Matunggong.

Menurut Jelani, Jalan Kampung Sampir-Pantai Teringai misalnya yang menghubungkan Pantai Mandavang Teringai , sekolah dan puluhan kampung sering mengalami kerosakan teruk sejak dahulu dan jarang dibaiki oleh pihak JKR sehingga menyusahkan pengguna jalan raya terutama rakyat di kampung sekitarnya.

Katanya, kerja-kerja membaikpulih jalan tersebut telah dijanjikan untuk diaspal semasa kempen PRU13 dan majlis pecah tanah telahpun dilaksanakan. Selain itu, jalan-jalan lain seperti jalan Kg Mangin, Tagaroh juga perlu sentiasa diselenggara.

Katanya, beliau telah banyak kali ketengahkan isu-isu kerosakan jalan-jalan di sebelah Kota Marudu, malangnya JKR Kota Marudu agak “Liat” dan “Kebal” serta amat jarang membaiki jalan-jalan berkenaan.

“Saya ingin mengingatkan pegawai JKR Kota Marudu, jangan fikir hanya arahan “orang tertentu” sahaja mereka dengar. Saya sebagai Wakil Rakyat kawasan Matunggong juga ada tanggungjawab untuk rakyat yang mereka harapkan (expect) dari saya.

“JKR Kota Marudu bertanggungjawab membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan Kota Marudu termasuk dalam DUN Matunggong kerana penduduk di kawasan ini juga rakyat Malaysia yang layak menikmati kemudahan yang disediakan Kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin

Jelani berkata, beliau tidak “peduli” siapa “dibelakang” pegawai-pegawai berkenaan atau pemilik-pemilik syarikat-syarikat konsesi yang telah mengambil alih penyelenggaraan jalan raya.

“Menteri atau Yang Berhormat saya tidak kisah. Yang saya tahu mereka perlu tunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Sebaliknya bukan membiarkan jalan-jalan raya itu rosak tanpa diselenggara.

“Sekiranya pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan tersebut. Mereka boleh memaklumkan Menteri berkenaan atau saya, supaya saya boleh membawanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Jika Menteri yang bertanggungjawab lembab, maka rakyat tidak wajar mengundinya lagi kerana gagal dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab terhadap rakyat seperti yang diamanahkan oleh kerajaan”, tegasnya.

Sementara itu, Jelani yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) memuji pegawai JKR Kudat yang respon secara positif terhadap aduannya mengenai kerosakan jalan-jalan dibawah tanggungjawab mereka.

Tambah Jelani, JKR Kudat memaklumkannya akan membaiki beberapa jalan seperti jalan Kg Pinawantai dengan kadar segera dan selewat-lewatnya minggu hadapan.

“Alhamdulillah saya juga dimaklumkan yang jalan dari km 0.00-9.146 km telah diambil alih oleh syarikat konsesi iaitu Globinaco Sdn.Bhd dan pihak JKR Kudat telah meminta syarikat tersebut bertindak segera membaiki kerosakan jalan tersebut.

“Saya bagi tempoh 14 hari kepada syarikat konsesi tersebut untuk bertindak terutama lokasi-lokasi yang mereka korek dan tinggalkan tanpa makluman atau papan kenyataan iaitu di Kampung Pinawantai. Ini amat menyusahkan pengguna jalanraya tersebut dan penduduk kampong keseluruhannya.

“Saya juga akan melawat semula lokasi-lokasi ini untuk mempastikan pihak syarikat konsesi menunaikan tanggungjawab mereka”, tegasnya.

Menurutnya, selain Jalan Pinawantai-Kampung Nangka, beliau difahamkan beberapa jalan lain dalam kawasan Matunggong baru telah diserahkan kepada syarikat konsesi seperti Kampung Indarason, Kg Radtak-Onduon – Togumamal dan lain-lain.

Jelani berkata, pihaknya sedang menunggu laporan terkini daripada pihak berwajib mengenai penyelanggaraan jalan-jalan yang telah diserahkan kepada syarikat konsesi. -SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan