Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKR JUARA PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2018

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah johan kepada wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya Sabah muncul juara perbarisan kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi sempena Hari Kebangsaan peringkat Sabah 2018 hari ini.

Manakala juara perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi jatuh kepada kontinjen Majlis Perbandaran Sandakan.

Kategori yang lain ialah Sekolah Menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), Swasta Komersial, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Etnik Sabah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) muncul sebagai johan ketika pertandingan perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah johan kepada wakil Majlis Perbandaran Sandakan bagi kategori Jabatan Kerajaan berpakaian seragam rasmi pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Senarai Pemenang Acara Perbarisan:

Kategori Sekolah Menengah:

  1. Kadet Polis Vokasional Penampang
  2. Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan
  3. Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan

Kategori IPTA/S:

  1. Komander Kesatria UiTM Cawangan Sabah
  2. Bulan Sabit Malaysia UiTM Cawangan Sabah
  3. Politeknik Kota Kinabalu

Kategori Swasta Komersial:

  1. Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
  2. Taman-Taman Sabah
  3. Kumpulan Yayasan Sabah (KYS)

Badan Bukan Kerajaan:

  1. Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sabah
  2. Kelab Malaysiaku Jabatan Penerangan Sabah
  3. Akademi Jahitan Kota Kinabalu

Persatuan Etnik Sabah:

  1. Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah
  2. Persatuan Suang Lotud Sabah
  3. Persatuan Bangsa Sungai Sabah

Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi:

  1. Jabatan Kerja Raya
  2. Kementerian Pembangunan Infrastruktur
  3. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi:

  1. Majlis Perbandaran Sandakan
  2. Polis Bantuan UMS
  3. Penguatkuasa Jabatan Tanah dan ukur
Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah johan kepada wakil Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sabah bagi kategori Badan Bukan Kerajaan pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan