Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKR diminta meletakkan papan tanda demi keselamatan pelajar

10:16am 20/05/2016 Leolerry Lajius 25 views Tempatan
Mohd Joh bersama guru-guru SK Lapasan Sepanggar merakamkan gambar kenangan.

Mohd Joh bersama guru-guru SK Lapasan Sepanggar merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya diminta agar Jalan Sulaman Bypass yang memisahkan Kampung Lapasan dengan kawasan sekolah diambil perhatian seperti zebra crossing yang telah kabur dan meletakkan papan tanda yang sesuai bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar yang melintas jalan tersebut setiap hari.

Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Mohd Jod Wid berkata JKR perlu bertindak dengan segera untuk memastikan keselamatan pelajar yang bersekolah di kawasan tersebut terjamin keselamatan mereka ketika melalui lintasan itu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Guru SK Lapasan Sepanggar di sini kelmarin.

Mohd Joh berkata perayaan Hari Guru sangat bermakna kerana peranan dan sumbangan warga pendidik sangat besar kepada negara.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian sekolah SK Lapasan kerana biarpun serba kekurangan tatapi mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR lalu dengan 6 calon mendapat 5 A.

“Terima kasih kepada badan korporat seperti Shangrila Rasa Ria Tuaran yang telah menjadikan sekolah tersebut sebagai anak angkat melalui program CSR mereka”, ujarnya.

Jelas beliau sumbangan badan korporat seperti ini telah banyak membantu pihak sekolah menjalankan program dan aktiviti yang bermanfaat untuk pelajar./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan