Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKNS tandatangani MoU penggunaan sistem i-Kuarters

5:32pm 13/04/2016 Leolerry Lajius 59 views Tempatan
 Borhan (kiri) bersama Dr Christina ketika bertukar MoU Perkongsian Pintar Sistem i-Kuarters, sambil disaksikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Shaun Pravind Robert (kiri),  dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Toisin Gantor (kanan).

Borhan (kiri) bersama Dr Christina ketika bertukar MoU Perkongsian Pintar Sistem i-Kuarters, sambil disaksikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Shaun Pravind Robert (kiri), dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Toisin Gantor (kanan).

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah menerusi penggunaan sistem i-Kuarters bagi menambahbaik sistem pemohonan kuarters di jabatan berkenaan.

Pengarahnya, Dr Christina Rundi berkata jabatan tersebut mengambil inisiatif menggunakan sistem itu untuk mewujudkan kaedah penyimpanan rekod yang lebih sistematik, di samping menjimatkan ruang kerja dan masa pencarian maklumat serta memudahkan pencarian maklumat penyelangaraan.

“Sistem ini juga dapat memberikan maklumat dengan lebih terperinci dan dalam masa yang sama akan meningkatkan kecekapan mengurus serta membantu kami menyediakan perancangan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah berkata, JKNS merupakan rakan kongsi pintar pertama yang menggunakan sistem berkenaan setelah diguna pakai sepenuhnya pada Mac 2015.

Menurutnya, langkah JKNS menggunakan sistem berkenaan untuk kakitangannya amat bertepatan dan berharap mereka dapat menguruskannya dengan efisyen dan berkesan,” katanya dalam sidang media sempena MoU itu di sini, pagi tadi.

Setakat ini jabatan itu mempunyai 2, 566 unit kuarters dengan jumlah 26 ribu kakitangan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan