Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKNS perlu tingkatkan tahap keselamatan-Pairin

2:40pm 20/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 32 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

PAIRIN, Bobbey, Gulamhaidar dan Melvin menunjukkan isyarat bagus pada majlis perasmian Diesel Multiple Unit (DMU) Baru, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) diminta meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia termasuklah menambahbaik sistem lintasan rata asal yang sedia ada, pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lintasan rata keretapi dan mengesyorkan agar semua lintasan rata keretapi dipasang ‘Fully Automatic Level Crossing System’.

“Dari segi keselamatan, kementerian saya amat menitikberatkan soal ini. Pelbagai usaha telah diambil dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

“Langkah-langkah yang diambil itu termasuklah melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan yang rapi ke atas landasan bagi mengelakkan kegelinciran, mendirikan papan-papan tanda amaran dan menyediakan jalan susur,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program lawatan kerja bersama rombongan ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah sempena perasmian Diesel Multiple Unit (DMU) Baru, dekat sini, hari ini.

Pairin juga meminta agar meminta orang awam untuk berwaspada sepenuhnya, terutamanya apabila melintasi kawasan larangan keretapi, khasnya di semua lintasan rata sama ada lintasan itu dikawal atau tidak.

“Keretapi seperti kita sedia maklum tidak boleh membelok ke kiri mahupun ke kanan untuk mengelak halangan di hadapan. Keretapi hanya bergerak terus mengikut landasan.

“Di samping itu, keretapi juga tidak boleh diberhentikan dengan serta merta. Jentera berat ini memerlukan jarak yang jauh untuk berhenti,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, JKNS disarankan agar terus mengadakan kesedaran awam (public awareness) di kalangan masyarakat awam.

Di antaranya, pengedaran risalah- risalah di kalangan murid- murid sekolah dan mengadakan dialog-dialog dengan orang awam tentang risiko akibat tidak mematuhi amaran- amaran yang didirikan di kawasan- kawasan larangan.

“Saya juga meminta kerjasama semua pihak agar tidak merosakkan atau melakukan vandalisma ke atas papan- papan tanda yang diletakkan di sepanjang laluan keretapi kerana tindakan seperti itu menyebabkan pembaziran dan menggagalkan usaha pihak kerajaan dalam menyampaikan mesej yang boleh mengelakkan kemalangan selain dapat membantu dalam menyelamatkan nyawa,” katanya.

Hadir sama, Pembantu- Pembantu Menteri Pembangunan Industri, Datuk Bobbey Suan dan Datuk Hj. Gulamhaidar @Yusof Khan Bahadar serta Pengurus Besar JKNS, Melvin V. Majanga. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

PAIRIN semasa sidang media sempena Program lawatan ke JKNS sempena pelancaran DMU baru, dekat sini, hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan