Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKNS akan menambahbaik perkhidmatan rel di Sabah- Pairin

5:12pm 21/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

KOTA KINABALU- Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) akan terus mempertingkatkan usaha menambahbaik perkhidmatan rel sebagai salah satu pengangkutan awam alternatif di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, sebuah tren Diesel Mutiple Unit (DMU) dijangka akan diserahkan kepada JKNS pada akhir tahun ini.

“Di bawah RMKe 11, sebuah DMU dengan keupayaan membawa sebanyak 200 orang penumpang kini dalam pembinaan dengan kos sebanyak RM 8 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri disini, hari ini.

Selain itu, JKNS memperolehi sebuah ‘Railbus’ uang akan digunakan menambah keupayaan perkhidmatan melalui Tanjung Aru ke Beaufort dan sebuah ‘tamping machine’ dimana jentera ini akan meningkatkan keberkesanan dalam menyelenggara landasan keretapi.

“Kedua-dua aset ini diperolehi dengan kos sebanyak RM 11 juta dan dibiayai melalui dana Kerajaan Negeri,”katanya.

Sementara itu, menurut Pairin, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan melaksanakan beberapa program pembangunan bekalan air di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukan RM 144.85 juta untuk kesemua program yang akan dilaksanakan termasuklah Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil, Program Menaiktaraf Paip Utama, Agihan dan Retikulasi serta Program Peningkatan Kualiti Air.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM 102.4 juta bagi sembilan buah projek menerusi program di bawah Pinjaman Mudah Persekutuan pada tahun ini.

“Antara projek tersebut ialah Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Lahad Datu, penambahan kapasiti loji rawatan air Telibog Dua, projek menaiktaraf sistem bekalan air Kota Marudu, projek pembinaan loji rawatan air baru, Semporna, Skim bekalan air, Tawau Fasa III, Rekabentuk dan Pembinaan Empangan Air serta Pembinaan loji rawatan air Kundasang,”katanya.Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan