Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKKN Sabah wujudkan `Cultural [email protected]’ dan `Bazar Seni’

Antara persembahan tarian rakyat yang dipersembahan oleh kumpulan Randai. - foto Jabatan Penerangan
Antara persembahan tarian rakyat yang dipersembahan oleh kumpulan Randai. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sabah telah melancarkan `Cultural [email protected]’ dan `Bazar Seni’ sebagai produk pelancongan baharu Sabah untuk tahun ini.

Program yang diadakan secara berkala ini merupakan usaha mempromosikan Kompleks JKKN cawangan Sabah sebagai salah satu lokasi yang boleh dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat tarian dan seni budaya yang terdapat di negara ini.

Persembahan kebudayaan dari artis JKKN. - foto Jabatan Penerangan
Persembahan kebudayaan dari artis JKKN. – foto Jabatan Penerangan

Cultural [email protected] dengan konsep santai hujung minggu, diadakan setiap Jumaat bermula pukul 8 hingga 10 malam dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya persembahan kebudayaan dan kesenian rakyat, persembahan hiburan dan nyanyian, segmen interaktif `jom belajar’ yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari asas tarian dan tatarias pakaian tradisi etnik di negara ini.

Manakala Bazar Seni pula merupakan program yang menekankan aspek kreativiti dan ekonomi yang diadakan setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan dengan memberi peluang dan ruang kepada penggiat atau usahawan seni mempamerkan dan menjual hasil seni dan jualan produk masing-masing.

Kumpulan Barakuda turut mempamerkan kemahiran bermain alai muzik gendang. - foto Jabatan Penerangan
Kumpulan Barakuda turut mempamerkan kemahiran bermain alai muzik gendang. – foto Jabatan Penerangan

Setiap bulan tema bazar ini berbeza-beza untuk memberikan kelainan kepada pengusaha dan pengunjung di mana tema bagi untuk bulan ini adalah “ JKKN bertemu pelanggan” sebagai satu permulaan kepada pengenalan program.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika berucap merasmikan program ini, memuji usaha dan kesungguhan JKKN yang tanpa henti mengangkat martabat warisan budaya.

“Kita juga sangat berbangga kerana keunikan seni budaya dan kepelbagaian etnik menjadikan Sabah tumpuan utama pelancong yang datang ke negara kita,” katanya di sini hari ini.

Masidi Manjun (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Jasmi dan penari JKKN serta tetamu khas yang hadir. - foto Jabatan Penerangan
Masidi Manjun (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Jasmi dan penari JKKN serta tetamu khas yang hadir. – foto Jabatan Penerangan

Jelasnya lagi, ini akan menjadikan industri kreatif yang ada di negeri ini seperti produk kraftangan, pelancongan serta kebudayaan dan kesenian berkembang pesat dan memberi impak yang besar bukan hanya kepada negeri Sabah tetapi kepada pengusaha dan penggiat seni.

“ Kejayaan JKKN melaksanakan 134 aktiviti sepanjang tahun 2014 membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyemarakkan seni budaya dan membantu penggiat seni mempamerkan kreativiti dan kemahiran,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) perlu diperhebatkan bagi menyediakan pakej-pakej yang menarik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Persembahan pembukaan majlis oleh penari JKKN. - foto Jabatan Penerangan
Persembahan pembukaan majlis oleh penari JKKN. – foto Jabatan Penerangan

“Sebagai contoh Tamu Mingguan Jalan Gaya dan Cultural [email protected] serta Bazar Seni boleh dijadikan satu pakej menarik oleh agensi pelancongan kepada pelancong yang datang ke Kota Kinabalu,” tambahnya lagi.

Katanya, kerajaan sentiasa bekerja keras untuk menarik dan meyakinkan lebih ramai lagi pelancong datang ke negeri ini selepas beberapa insiden yang berlaku.

Sementara itu, Pengarah JKKN negeri, Jasmi Rasit berkata, pihaknya akan terus berusaha memulihara dan memartabatkan seni budaya di negeri ini.

Artis tari JKKN ketika menyambut tetamu kehormat. - foto Jabatan Penerangan
Artis tari JKKN ketika menyambut tetamu kehormat. – foto Jabatan Penerangan

“JKKN akan meneruskan program teras seperti program merakyatkan seni budaya, Bimbingan Seni Budaya, pencungkilan bakat, pembangunan produk seni budaya untuk memartabatkan seni warisan budaya.

“JKKN berharap agar sokongan dan penyertaan masyarakat disamping kerjasama rakan media, pengusaha pelancongan serta semua pihak dalam menjayakan setiap program yang dirancang,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan