Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKKK/JKDB Tunjang Utama Proses Transformasi Kawasan Luar Bandar.

 

Yb Dato Raden Malleh menyampaikan cenderahati kepada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Yb Dato Raden Malleh (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (kanan)

KOTA KINABALU- Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) diseru agar bersama-sama menyokong program dan dasar kerajaan yang berkaitan transformasi luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yb Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, JKKK/JKDB merupakan entiti penting sebagai ejen transformasi kepada kawasan kampung masing-masing serta menjadi pemimpin barisan hadapan yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara.

JKKK/JKDB ditubuhkan untuk menjadi satu institusi kepimpinan di akar umbi untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan sekali gus memantau segala projek pembangunan di sesebuah kampung.Mereka juga akan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat seperti dasar-dasar yang telah dilaksanakan kepada komuniti setempat menerusi saluran yang betul.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di  Majlis Ramah Mesra Bersama JKKK/ JKDB Zon pantai Barat Selatan, di Hotel Klagan Regency, 1 Borneo, pagi tadi.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM 4.120 bilion telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk  pembangunan infrastruktur di Sabah.

Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan program dalam Rolling Plan Pertama (2016-2017)  yang merangkumi 85 projek yang terdiri daripada 67 projek baru dan 18 projek sambungan yang bakal  dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar serta agensi dibawahnya”, kata beliau.

Turut hadir semasa majlis ramah mesra tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Yb Dato Raden Maleh. Oleh  Elezebeth Esther/ Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan