Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKKK/JKDB tulang belakang ke arah mengeratkan perpaduan-Radin

8:04pm 07/04/2016 Leolerry Lajius 7 views Tempatan,YB Datuk Radin Malleh

KOTA KINABALU:  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dalam Bandar (JKDB) di seru agar menjadi tulang belakang ke arah mengeratkan perpaduan serta memberi galakan penduduk kampung memiliki kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Maleh, kepimpinan JKKK dan JKDB hendaklah memberi galakan penduduk kampung masing-masing untuk memiliki sekurang-kurangnya satu bidang kemahiran yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan dan memperbaiki taraf hidup masing-masing.

”Saya juga berharap agar kepimpinan JKKK dan JKDB akan dapat memainkan peranan lebih aktif dalam mewujudkan aktiviti yang dapat menerapkan nilai perpaduan dengan kerjasama agensi yang lain,” katanya ketika berucap sempena majlis penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB bagi kawasan N.13 Inanam di sini, hari ini.

Beliau juga turut menyeru agar pihak JKKK dan JKDB sentiasa mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi menunjukkan ketelusan dan mengelakkan persepsi negatif serta memberi keutamaan terhadap isu-isu alam sekitar.

Tambah Radin, JKKK dan JKDB ibarat nadi kepada pentadbiran kerajaan dan setiap individu yang memegang jawatan ini harus menunjukkan kewibawaan kepimpinan masing-masing dan menjadi pemantau serta penyelesai kepada setiap permasalahan yang timbul di kampung masing-masing.

“Saya menggesa agar kepimpinan JKKK dan JKDB sedaya upaya menjadi mentor yang baik kepada kelompok masyarakat serta sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani isu-isu keselamatan,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan