Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKKK perlu adakan mesyuarat lebih kerap bagi selesai masalah penduduk

jkkk pairin

KENINGAU: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mengadakan mesyuarat lebih kerap bagi memastikan masalah penduduk kampung dibawah jagaan masing-masing dapat dibincangkan dan mendapat penyelesaian yang wajar.

Timbalan Ketua Menetri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata JKKK adalah badan penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam apa juga perkara yang perlu diselasaikan.

Katanya, badan JKKK tidak perlu menunggu jadual mesyuarat yang ditetapkan sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun tetapi mereka boleh mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan kampung.

“Jika ada masalah yang dihapadi dalam sesebuah kampung itu, adakan mesyuarat bagi membincangnya agar ia dapat dikemukakan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk diselasaikan,” katanya semasa berucap pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Di Bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Kg. Toboh Laut dekat sini pada Isnin.

Pada majlis itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menyerahkan kunci kepada 40 pemerima PBR dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan Liawan bagi tahun 2014.

Daripada jumlah itu, 15 keluarga terdiri mangsa kebakaran rumah di Kampung Toboh Laut pada tahun 2013 dan 25 pemohon dari kampung-kampung yang lain di kedua-dua kawasan DUN berkenaan.

Ahli Parlimen Keningau itu berkata, pada tahun ini Daerah Keningau mendapat 40 buah rumah PBR yang bernilai RM 2 juta daripada 1,000 buah rumah PBR yang dibina di seluruh Sabah bagi tahun 2014.

Beliau berkata, pembinaan rumah PBR berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat yang memerlukannya.

Katanya, selain bantuan rumah PBR, pelbagai lagi program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN termasuklah Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang lebih menjurus kepada pembasmian kemiskinan penduduk di luar bandar.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh; Pegawai Daerah Keningau, Haji Yusof Haji Osman; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan, Sahanif Jamil; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Komen


Berita Berkaitan