Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKKK Keningau Diminta Hantar Laporan Banjir

KENINGAU – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini diminta menghantar laporan kerosakan harta benda termasuk jalan raya yang terjejas ekoran banjir kilat semalam, kata Pegawai Daerahnya Yusop Osman.

Laporan kerosakan itu amat diperlukan untuk penilaian, kata Yusop selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Yusop berkata hujan lebat semalam telah menjejaskan beberapa buah kampung sehingga hampir menghanyutkan dua rumah.

Dalam pada itu, Yusop turut mengingatkan penduduk sekitar yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko dilanda banjir supaya berpindah segera ke tempat lebih selamat berikutan musim hujan ketika ini.

Yusop berkata meskipun keadaan banjir di Keningau telah pulih seperti sediakala dan masih terkawal, namun, pihaknya telah mengarahkan kesemua ketua-ketua jabatan di daerah berkenaan untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana banjir.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Sairin Karno turut mengarahkan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Liawan supaya membuat pemantauan di kawasan kampung terjejas banjir.

Pemimpin akar umbi di Liawan juga diminta menghantar laporan perkembangan terkini banjir di kawasan itu, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan