Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKKK DUN Petagas menerima watikah perlantikan

Yahya menyerahkan watikah perlantikan kepada Hajah Siti Zakiah Mohd.Yunin
Yahya menyerahkan watikah perlantikan kepada Hajah Siti Zakiah Mohd.Yunin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan watikah perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Putatan, hari ini.

15 Pengerusi JKKK dari kawasan DUN Petagas dan seorang daripada kawasan DUN Tanjong Aru menerima watikah perlantikan masing-masing.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Putatan, Encik Ag.Abd.Ghani Pg.Yusoff, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas mengingatkan JKKK agar menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan oleh kerajaan.

Beliau juga mahu JKKK menyiapkan dan mengemaskini profail kampung selaras dengan pematuhan program E-Desa selain menjadikan kebersihan dan keindahan kampung sebagai agenda utama mereka.-Sayang Sabah

Yahya (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama Pengerusi-Pengerusi JKKK yang menerima watikah perlantikan mereka.
Yahya (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama Pengerusi-Pengerusi JKKK yang menerima watikah perlantikan mereka.

Komen


Berita Berkaitan