Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKKK and JKDB harus peka pada isu-isu alam sekitar

9:40pm 23/01/2016 Ann Vivien 31 views Isu Semasa,Tempatan
Radin disambut oleh ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Radin disambut oleh ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

TENOM: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan  Kampung (JKKK)  dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar ( JKDB)  harus peka terhadap isu-isu alam sekitar terutamanya mengenai kebersihan kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata, Ini penting untuk mencegah penularan wabak penyakit berjangkit seperti wabak demam denggi dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.

Katanya, JKKK dan JKDB sentiasa digalakkan mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan persekitaran dan meningkatkan keceriaan kawasan masing-masing. Program gotong-royong itu akan dapat meningkatkan interaksi serta kerjasama penduduk kawasan berkenaan.

“JKKK dan JKDB digalakkan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing” katanya semasa berucap merasmikan  Majlis Amanat Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong di Dewan SRJK Chung Hwa di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, badan ini juga digalakkan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan