Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKDM rekod 11 tangkapan bagi januari hingga kini

Tun Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama Zulkifli (tiga dari kiri) dan Hamzah (empat dari kanan).

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merekod sebanyak 11 tangkapan atas kesalahan penyeludupan dadah bagi tempoh Januari hingga kini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zulkifli Yahya, tangkapan tersebut melibatkan 148 kilogram methamphetamine yang bernilai hampir RM8 juta.

“JKDM akan memastikan pintu laluan masuk utama negara tidak dapat dibolosi oleh penyeludup-penyeludup untuk membawa masuk barang-barang tanpa kelulusan JKDM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahirudin.

Zulkifli yang diiring Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang mengulas tujuan kunjungan hormat adalah untuk memaklumkan persaraan wajib Hamzah pada 1 Mei ini selain untuk memaklumkan perkembangan semasa JKDM kepada Tun Juhar.

Sementara itu, turut membuat kunjungan hormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski dan rombongan.

Andrew yang baharu dua bulan dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia berkata, tujuan kunjungan itu adalah untuk mengeratkan hubungan antara Sabah dan Australia.

Pada kunjungan itu, beliau turut memaklumkan kunjungan Kapal milik Tentera Laut Diraja Australia iaitu HMAS Toowoomba (FFH 156) yang telah berlabuh di Pangkalan Tentera Laut di Sepanggar dan akan berada di Sabah hingga 14 April ini.

Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, kelmarin./PENERANGAN-

Andrew (kiri) ketika menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan Norlidah (dua dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan