Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,706

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JKDM rampas minuman beralkohol

8:58pm 19/01/2016 Ann Vivien 36 views Jenayah,Tempatan
Janathan menunjukkan minuman keras yang dirampas.

Janathan menunjukkan minuman keras yang dirampas.

KENINGAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Cawangan Keningau berjaya merampas sebanyak 2,000 tin minuman keras pelbagai jenama  dalam satu serbuan sebuah kedai runcit di salah sebuah kampung di sini pada 11 Januari lepas.

Pengarah JKDM Sabah Dato’Dr. Hj. Janathan Kandok berkata, serbuan yang dilakukan oleh lapan anggota Peguatkuasa yang diketuai oleh seorang Penguasa Kastam itu dibuat hasil risikan Kastam.

Katanya, hasil pemeriksaan pada minuman keras di kedai runcit itu mendapati tiada stem duti dilekat kemudian dirampas dan dibawah ke Pejabat Penguatkuasa JKDM di sini untuk siasatan dibawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Sementara itu katanya,Kastam Cawangan  Keningau mencatat sebanyak 118 kes penguatkuasaan yang telah diperolehi sepanjang tahun lalu nilai barangan rampasan RM300,000 dengan jumlah kompaun RM400,000  membabitkan  cukai yang terlibat sebanyak RM664,000.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras Penguatkuasaan Pegawai-Pegawai Kastam di kawasan ini dan dibantu oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Kastam di Kota Kinabalu dalam operasi demi operasi yang dijalankan sepanjang tahun 2015. Kejayaan ini juga membawa kepada kejayaan  di Mahkamah di mana dalam sembilan kes yang bicarakan kesemuanya berpihak kepada JKDM”  katanya dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa Kastam di sini pada Selasa.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan