Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKDM diharap adakan lebih banyak program kemasyarakatan

JKDM: Zakaria (tiga dari kiri) menyempurnakan perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat 2015.
JKDM: Zakaria (tiga dari kiri) menyempurnakan perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat 2015.

SANDAKAN- Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berharap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan bagi mendekati dan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap usaha membantu, melindungi dan memberi kesejahteraan kepada mereka.

Menurut beliau, menerusi program seumpama itu, JKDM sebagai antara jabatan terpenting dalam perkhidmatan awam dapat menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan yang berhubung kait secara langsung dengan rakyat terutama isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi penjelasan dan penerangan yang diberikan secara terus kepada rakyat, saya percaya ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar dan lebih tepat khususnya mengenai GST kepada rakyat di akar umbi,” katanya sempena Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM Negeri Sabah 2015 di Dewan Masyarakat Kampung Batu Putih di sini, kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Mohd Edris. Hadir sama, ADUN Karamunting, Charles O Pang, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Sri Khazali Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Suhaili dan Pengarah Kastam Negeri Sabah, Datuk Janathan Kandok.

Program Khidmat Bakti Masyarakat itu berlangsung pada 27 hingga 29 Julai dengan objektif mewujudkan masyarakat setempat yang celik terhadap peranan dan tanggungjawab JKDM selain membangunkan satu rangkaian pemberi maklumat daripada masyarakat setempat dengan berdasarkan kesedaran diri iaitu membanteras aktiviti penyeludupan adalah tanggungjawab bersama.- AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan