Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JKDM Berdepan Dua Ancaman Utama Iaitu Ekonomi Dan Jenayah

ketua kastam sabah

KOTA KINABALU- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini berdepan dengan dua ancaman utama iaitu ekonomi dan jenayah yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata ancaman ekonomi melibatkan masalah penyelewengan dan penyeludupan barangan manakala ancaman jenayah pula membabitkan peruntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya selain kemasukan barang larangan yang memudaratkan keselamatan rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa JKDM merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang bukan sekadar berperanan mengutip cukai, tetapi mempertahankan ketenteraman negara daripada sebarang ancaman keselamatan.

“Malah, JKDM juga bertindak menjaga sempadan negara bagi mengelak penyeludupan unggas atau flora dan fauna yang membawa penyakit, kerosakan tanaman dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas iaitu Yunos Tahir dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan dan Madrim Tasan dilantik Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.

Katanya JKDM Sabah kini mempunyai lima timbalan pengarah bagi mengukuh dan memantapkan fungsi jabatan itu terdiri daripada Bahagian Perkastaman, Perkhidmatan Teknik, Penguatkuasaan, Pematuhan dan GST.

Pada majlis itu, Janathan menerima Komputer Riba 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Komen


Berita Berkaitan