Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JIRAN SELAMATKAN DUA BERADIK DARI TERBAKAR

10:37am 24/05/2014 Pak Roshan 29 views Kota Kinabalu,Tempatan

pic-29
TANJUNG ARU: Dua beradik berusia tiga tahun dan tujuh tahun terselamat daripada kebakaran di Kampung Tanjung Aru Lama dekat sini ekoran tindakan pantas jiran mereka.

Kejadian berlaku pada Jumaat kira-kira jam 2 petang ketika mereka sedang makan tengahari di rumah manakala datuk mereka menghantar seorang lagi cucunya ke sekolah.

Pesara Adnan Ibrahim berkata beliau menjaga tiga cucunya itu di rumah kernan ibu bapa mereka bekerja manakala isterinya berada di Lok Kawi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Arifin Bin Haris yang mengetuai operasi menyelamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 2.04 petang dan menghantar 17 anggota dan tiga jentera ke tempat kejadian.

Punca kebakaran dan kerugian masih lagi disiasat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan