Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jiran cedera dalam pertengkaran guna parang

LADAMAH (dua dari kiri) menunjukkan barang kes yang digunakan suspek dalam kejadian mencederakan seorang lelaki berusia 30 tahun dengan menggunakan parang di Kampung Sungai Padang, Papar. – Foto Rafiqah Dahali

 

PAPAR: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis Papar pagi ini di kediamannya di Kampung Sungai Padang di sini, kerana mencederakan seorang lelaki berusia 30 tahun dengan parang.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superitendan Ladamah Sulaiman berkata punca kejadian pada 10 pagi itu, berlaku apabila mangsa menegur suspek juga jirannya sehingga menyebabkan pertengkaran.

“Menurut laporan dari isteri mangsa pada jam 2.30 petang semalam, kejadian itu terjadi apabila mangsa menegur suspek yang suka memandu laju di sekitar kawasan kediaman mereka di Kampung Sungai Padang dan khuatir mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak sekitar kawasan terbabit.

“Berang dengan teguran itu, suspek kemudian masuk ke dalam rumah mengambil sebilah parang dan mengejar mangsa sambil melibas parangnya berkali-kali sehingga mendatangkan kecederaan di lengan serta ibu jari tangan kiri hingga hampir putus.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan susulan manakala suspek kini berada dalam tahanan reman polis dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di IPD Papar, di sini, hari ini.

Ladamah turut berkata pihak IPD Papar dimaklumkan bahawa suspek dan mangsa berkenaan pernah bertengkar sebelum ini.

“Kami difahamkan bahawa sebelum ini mangsa dan suspek pernah bergaduh besar tetapi sudah diselesaikan secara baik dan kemungkinan suspek juga masih berdendam terhadap mangsa sehingga kejadian itu berlaku,” katanya. – Oleh Rafiqah Dahali/BH Online

Komen


Berita Berkaitan