Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JHLS kesan kegiatan jual beli haiwan dilindungi guna media sosial

Willian menunjukkan direktori maklumat berkaitan spesies haiwan dilindungi di negara ini. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
Willian menunjukkan direktori maklumat berkaitan spesies haiwan dilindungi di negara ini. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) berjaya membongkar aktiviti penyeludupan Harimau dahan yang dikenalpasti dijalankan menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah JHLS, William Baya memberitahu, setakat ini pihaknya dapat mengesan satu kes membabitkan haiwan dilindungi itu melalui maklumat daripada orang awam.

Ketika membuat pendedahan mengenai kes itu, beliau menjelaskan laman Facebook itu diklik oleh lebih 20,000 pengguna dengan menggunakan nama `jual beli binatang peliharaan’ dan ia dipercayai beroperasi untuk pasaran domestik.

“Kita percaya, admin Facebook itu sering menukar nama bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Berdasarkan maklumat, mereka memburu haiwan tersebut dan menjualnya bagi tujuan peliharaan.

“Selain itu mereka turut memburu haiwan pelbagai spesies seperti tenggiling bagi mendapatkan kulit dan jenis burung serta daging haiwan lain untuk dijual, kebanyakannya di tamu. Paling mahal ia dijual pada harga RM6,000 dipasaran gelap,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Harimau dahan menjadi mangsa pemburuan haram. - foto ihsan JHLS
Harimau dahan menjadi mangsa pemburuan haram. – foto ihsan JHLS

Pada 30 Julai lalu, seorang lelaki didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki Harimau dahan, iaitu sejenis haiwan dilindungi mengikut Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997.

William menjelaskan, laman sosial tersebut didapati masih aktif dan berdasarkan siasatan pihak terbabit telah beroperasi selama dua tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, William berkata, jabatan dengan kerjasama agensi lain berusaha membanteras kegiatan pemburuan haram meskipun dengan kudrat tenaga kerja tidak mencukupi.

“Ketika ini kita mempunyai seramai 50 renjer yang bertugas di seluruh Sabah ia satu jumlah yang tidak mencukupi ditambah pula dengan kekurangan kemudahan logistik.

“Walau bagaimanapun, kita tetap berusaha sedaya upaya untuk membanteras dan mengekang pemburuan haram dan kita percaya kerjasama orang awam dapat membantu kita menyelamatkan haiwan dilindungi ini daripada terus diburu,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan