Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JHEAINS tahan 33 individu dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Seramai 33 individu ditahan dan telah dirujuk kepada pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan yang dijalankan sekitar bandar ini pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah, kesemua mereka itu terdiri daripada 25 lelaki dan lapan wanita berumur 18 hingga 42 tahun itu dirujuk atas kesalahan meminum arak dan seramai 153 orang telah diperiksa di sembilan lokasi pusat hiburan di kawasan bandar.

“Mereka yang diperiksa terdiri daripada 98 lelaki berumur 18 hingga 42 tahun dan 55 wanita berumur 18 hingga 36 tahun dengan seorang wanita juga dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas tidak memiliki dokumen sah,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan ujian dadah, dua lelaki dan seorang wanita didapati positif manakala sembilan lokasi terlibat telah dikenakan tindakan saman oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) atas kesalahan beroperasi lebih masa.

Operasi yang bermula pada jam 2.30 hingga 4 pagi itu disertai 68 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), MPT, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), JHEAINS dan Jabatan Imigresen. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan