Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JHEAINS perlu tambah bilangan SAN dan Tadika -Arifin

1:44pm 29/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views i-Muslim,Kota Kinabalu,Tempatan
Arifin (dua kiri) melancarkan Majlis Ko-Kurikulum Tadika JHEAINS sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2016, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Arifin (dua kiri) melancarkan Majlis Ko-Kurikulum Tadika JHEAINS sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2016, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diseru agar membina lebih banyak Sekolah Agama Negeri (SAN) dan tadika JHEAINS di negeri ini khususnya di dearah TAWAU.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif berkata penambahan SAN dan tadika JHEAINS itu amat penting bagi perkembangan pendidikan anak-anak di negeri ini.

“Untuk makluman semua, di negeri ini hanya terdapat 13 buah tadika JHEAINS dimana salah sebuah tadika di Tawau telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Ko-Kurikulum Tadika JHEAINS sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2016, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS Kota Kinabalu, Ustaz Ag. Omar Pg. Hj. Gana.

PERSEMBAHAN lagu patriotik daripada Tadika JHEAINS Putatan. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

PERSEMBAHAN lagu patriotik daripada Tadika JHEAINS Putatan. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Menurut Arifin, JHEAINS perlu memberi fokus kepada penambahan bilangan SAN dan Tadika JHEAINS di daerah Tawau.

“Kita perlu membina SAN di daerah itu… kerana ramai anak-anak kita memerlukan tadika seperti ini di daerah berkenaan,”katanya.

Dalam masa sama, seramai lebih kurang 200 pelajar dari 10 buah tadika JHEAINS menyertai program tersebut.

Arifin berkata program itu perlu diperkasakan dari masa ke semasa kerana ia mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar, guru-guru, guru besar dan para ibubapa.

“Program ini juga dapat mengasah bakat anak-anak disamping menanam semangat patriotisme di kalangan anak- anak.

“Ini satu usaha yang baik dan saya yakin program ini dapat diperkasakan dengan program tambahan daripada pihak JHEAINS,” katanya.

Terdapat beberapa pertandingan yang dianjurkan sempena program tersebut termasuklah pertandingan deklamasi sajak, pertandingan mewarna, pertandingan memperagakan pakaian patriotik. -Elezebeth Esther/SayangSabah

SALAH seorang peserta pertandingan deklamasi sajak. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

SALAH seorang peserta pertandingan deklamasi sajak. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan