Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,710

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JFL2016 buka perspektif baru dalam bidang pelancongan

8:54pm 15/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Kota Kinabalu,Tempatan
Pengarah MOTAC Sabah, Ag Ahmad Zaki Abd Bakar.

Pengarah MOTAC Sabah, Ag Ahmad Zaki Abd Bakar.

KOTA KINABALU: Pencarian jaguh Jesselton Fight League (JFL2016) buat julung kalinya akan berlangsung di 1Borneo Shooping Mall pada Sabtu, 24 September, bakal membuka perspektif baru dalam bidang pelancongan di negeri ini.

 

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah bersama-sama Karabaw Martial Arts & Fitness Centre bakal menghimpunkan seramai 30 peserta dari luar dan dalam negara untuk beradu tenaga menggunakan teknik-teknik Seni Mempertahankan Diri Campuran (Mixed Martial Art).

 

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Sabah, Ag Ahmad Zaki Abd Bakar berkata, penganjuran JFL2016 bakal mempromosi sukan seni bela diri sebagai satu lagi cabang baru pelancongan Sabah.

 

“Sehingga kini, kita menerima seramai 24 peserta daripada Amerika Syarikat, Vietnam, Brunei, Filipina, Australia, India, Singapura dan  Indonesia serta enam peserta dari Malaysia.

 

“Dengan kehadiran peminat-peminat sukan ini, ia secara tidak langsung dapat merancakkan industri pelancongan tempatan.

 

“Mereka yang datang bukan sahaja dapat menyertai dan menyaksikan  pertandingan tersebut malah dapat mengambil peluang untuk bercuti di negeri ini,” tambahnya lagi.

 

JFL merupakan sebuah program yang ditubuhkan sejak tiga tahun dulu, bertujuan untuk mempromosikan Seni Mempertahankan Diri Campuran (Mix Martial Arts (MMA)) kepada rakyat Malaysia khasnya warga tempatan.

 

Pertandingan secara liga tersebut merupakan satu-satunya pertandingan di Malaysia yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengumpul mata bagi menyertai pertandingan World Series of Fighting Global Championship (WSOFGC).

 

Sementara itu, Pengarah bersama Karabaw Martial Arts & Fitness Centre merangkap Urusetia JFL, Rayner Kinsiong berkata, melalui penganjuran kejohanan ini ia dapat membuka ruang dan peluang untuk mencungkil bakat anak tempatan bagi mewakili negara dalam bidang sukan berkaitan di kejohanan antarabangsa.

 

“Memandangkan pertandingan ini dibuka untuk tontonan orang ramai, kami berharap ia dapat memberikan kesan positif kepada remaja agar dapat melibatkan diri dengan sukan seni bela ini secara berdisiplin.

 

“Melalui asuhan awal dan panduan yang betul ia akan dapat memberi pendedahan kepada remaja agar tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti pergaduhan dan buli di sekolah,” katanya lagi.

 

Peserta JFL bakal merebut hadiah wang tunai bernilai RM8ribu dan menerima pingat serta mengumpul mata bagi menyertai pertandingan WSOFGC nanti.

 

Orang ramai adalah dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut bermula 23 dan 24 September ini di 1Borneo Shooping Mall.

 

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan boleh didapati di laman sosial Facebook Jesselton Fight League atau menghubungi Franklin Jason di talian 014-959 4276./PENERANGAN

Antara aksi yang bakal disaksikan di JFL2016.

Antara aksi yang bakal disaksikan di JFL2016.

 

1-3. Antara aksi yang bakal disaksikan di JFL2016

  1. Pengarah MOTAC Sabah, Ag Ahmad Zaki Abd Bakar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan