Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jeti Runtuh, Shafie Apdal Jatuh Dalam Laut

shafiejatuh

KOTA KINABALU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terjatuh ke laut selepas jeti kayu yang dilaluinya tiba-tiba runtuh semasa melakukan lawatan di perkampungan air di Semprna, Sabah pada Jumaat lalu.

Ekoran runtuhan secara mengejut tersebut, beberapa ahli pengawal peribadinya turut terjatuh ke laut di Kampung Pulau Selakan; 45 minit perjalanan dengan menaki bot dari Semporna.

Walau bagaimanapun dilaporkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Mohd. Shafie dan juga para pengawal peribadinya.

Difahamkan apabila keadaan itu berlaku, beliau segera diangkat dan dibawa oleh beberapa orang ke tempat yang lebih selamat.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi sewaktu Mohd. Shafie tiba di perkampungan air tersebut untuk merasmikan sebuah majlis rakyat.

Beliau turut dijadualkan bakal menyerahkan kunci kepada enam pemilik kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sana.

Selepas kejadian malang tersebut, Mohd. Shafie dilaporkan segera menukar baju yang dibawanya sebelum kemudian merasmikan program berikutnya itu.

Laluan jeti usang sepanjang dua meter itu dikatakan roboh kerana tidak dapat menampung berat muatan yang agak berlebihan.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan