Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jeti pelancongan Semporna runtuh akibat angin kencang

6:57pm 01/12/2016 Pak Roshan 471 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
KEADAAN struktur bangunan di Jeti Pelancongan Semporna yang hampir tenggelam selepas runtuh dipercayai akibat angin kencang.

KEADAAN struktur bangunan di Jeti Pelancongan Semporna yang hampir tenggelam selepas runtuh dipercayai akibat angin kencang.

SEMPORNA: Struktur bangunan di atas Jeti Pelancongan Semporna yang dalam pembinaan, runtuh dipercayai akibat angin kencang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, struktur bangunan yang 60 peratus siap itu hampir tenggelam di laut, namun tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Pegawai Daerah Semporna, Dr Cacho Bullah, berkata runtuhan struktur bangunan itu tidak menjejaskan kehadiran pelancong di jeti berkenaan kerana ia terletak di bahagian lain.

“Aktiviti di jeti berjalan seperti biasa dan tidak memberi sebarang kesan kepada pelancong atau orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, struktur bangunan dibina dengan kos RM100,000 yang sepatutnya siap hujung bulan ini, bakal menempatkan pejabat beberapa agensi kerajaan yang terbabit dalam aktiviti pelancongan seperti Jabatan Pelabuhan dan Dermaga dan Pasukan Polis Marin (PPM), selain kaunter tiket.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bot Pelancongan Tempatan Semporna, Kerinu Jalani, berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu pada tengah malam tadi, iaitu sejurus selepas kejadian dan meninjau keadaan di lokasi kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

“Saya meminta pihak berkuasa menutup jeti ini sepenuhnya sebelum situasi menjadi lebih buruk,” katanya.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan