Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jet peribadi Cristiano Ronaldo terhempas

 KEADAAN pesawat Ronaldo selepas terhempas di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol.
KEADAAN pesawat Ronaldo selepas terhempas di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol.

Barcelona: Jet peribadi bintang Cristiano Ronaldo berharga RM80 juta terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang di sini.

Bintang Real Madrid dan Portugal itu tidak berada di dalam jet berkenaan ketika kejadian di Lapangan Terbang El Prat, Isnin lalu.

Gear mendarat pesawat itu dikatakan patah kesan daripada kejadian itu dan landasan di lapangan terbang ditutup.

Juruterbangnya dirawat kerana cedera ringan dan tidak ada orang yang cedera parah.

Pemain bola sepak berusia 31 tahun itu sering menyewakan pesawat Gulfstream G200 itu yang dibelinya tahun lalu kepada pelanggan peribadi.

Bagaimanapun, tidak seorang pun rakan atau anggota keluarganya berada di dalam pesawat itu ketika kejadian. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan