Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jerung melekat di lengan

9:06am 17/05/2016 Pak Roshan 62 views Global
Orang ramai cuba melucutkan gigitan jerung pada lengan mangsa namun gagal. - Foto Boca Raton Fire Rescue

Orang ramai cuba melucutkan gigitan jerung pada lengan mangsa namun gagal. – Foto Boca Raton Fire Rescue

Miami: Seorang wanita dikejarkan ke hospital dengan seekor ikan jerung kecil masih melekat pada lengannya selepas digigit ikan itu ketika mandi di pantai semalam.

Jerung sepanjang kira-kira 61 sentimeter itu dibunuh orang ramai di pantai dekat bandar Boca Raton namun gigitannya pada lengan wanita berusia 23 tahun gagal dilepaskan.

Jerung jenis ‘nurse’ yang boleh membesar sehingga lebih tiga meter panjang itu biasa ditemui di pantai Florida serta tidak mengganggu manusia.

Namun menurut laporan media, saksi menyatakan ada pengunjung pantai mengganggu ikan itu termasuk memegang ekornya.

Anggota paramedik yang tiba kemudian memberi bantuan oksigen kepada wanita itu yang kelihatan lemah sebelum membawanya ke hospital.

Jerung itu hanya makan ikan kecil serta hidupan laut lain namun tidak makan daging manusia. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan