Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jerebu semakin pulih di Indonesia

8:45am 03/11/2015 Pak Roshan 4 views Global
PEMANDANGAN di atas jambatan di Pekanbaru di Sumatera Selatan semalam.

PEMANDANGAN di atas jambatan di Pekanbaru di Sumatera Selatan semalam.

Palembang: Penduduk di Kalimantan dan Sumatera yang diselubungi jerebu tebal sejak Ogos lalu kini boleh menghirup udara lebih segar apabila tahap pencemaran udara di beberapa bandar di wilayah itu semakin baik.

Pada pagi semalam, buat pertama kalinya sejak beberapa bulan lalu, tahap pencemaran udara di semua bandar raya kecuali sebuah di wilayah berkenaan berada di bawah zon tidak sihat.

Hanya ibu kota Sumatera Selatan, Palembang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Standard (PSI) 237 iaitu tidak sihat jam 8 pagi (waktu tempatan) semalam.

Bandar lain seperti Medan, Pekanbaru dan Jambi mencatatkan PSI bawah 120 iaitu sederhana.

Keadaan sama dilaporkan di Kalimantan, wilayah paling teruk terjejas akibat jerebu pada tahun ini.

Ibu kota Kalimantan Tengah, Palangkaraya pernah mencecah PSI melebihi 1,000 beberapa minggu lalu, kembali pulih dengan bacaan 70.

Pihak berkuasa berkata, keadaan jerebu semakin pulih selepas musim hujan bermula awal minggu lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan