Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jerebu: 77 Sekolah Di Beaufort, Papar Dan Kuala Penyu Ditutup Esok

7:47pm 03/04/2016 Pak Roshan 979 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jerebu

KOTA KINABALU : Sebanyak 77 sekolah rendah dan menengah di kawasan daerah Papar, Kuala Penyu dan Beaufort ditutup esok disebabkan masalah jerebu.

Pemangku Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul berkata daripada jumlah itu 53 sekolah di daerah Beaufort, Papar (10) dan Kuala Penyu (14).

“Jumlah 77 sekolah ini melibatkan 9,365 pelajar sekolah menengah dan 11,648 murid sekolah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Maimunah, berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Membakut yang terletak dalam daerah Beaufort semalam ialah 279.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa keadaan jerebu esok, bagi menentukan tindakan seterusnya yang bakal diambil.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan