Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JERAYAWARA JELAS ISU SEMASA KEPADA AKAR UMBI

Datuk Jake Nointin (tengah) bergambar kenangan selepas mesyuarat exco penerangan Parti Warisan Sabah di Keningau. Gambar SNT/Zakaria Damit

KENINGAU: Exco Penerangan Parti Warisan Sabah akan mengadakan kempen jelajah di seluruh negeri bagi memperjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan Warisan Sabah, Datuk Jake Jikulin Nointin berkata semua ketua-ketua penerangan bahagian akan diberikan peranan serta tanggungjawab untuk memastikan program itu akan mencapai matlamatnya.

Jake berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco penerangan Warisan di Hotel Perkasa, di sini hari ini.

Datuk Jake Nointin (dua dari kiri) menyampaikan taklimat berkaitan tapak baru batu sumpah di Keningau. Gambar SNT/Zakaria Damit

Dalam mesyuarat itu juga, Jake mengrekodkan sokongan penuh terhadap usaha yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Afdal dalam memperkasakan ekonomi negeri.

Ketika ditanya mengenai isu had umur perkahwinan, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri bagi memastikan perkara tersebut diselesaikan mengikut saluran yang betul.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan