Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jerat ‘wanita’ hamil

9:57am 07/06/2016 Pak Roshan 220 views Global
GAMBAR majlis perkahwinan Wang bersama ‘kekasihnya.’

GAMBAR majlis perkahwinan Wang bersama ‘kekasihnya.’

Beijing: Seorang lelaki ditipu bulat-bulat oleh ‘kekasihnya’ yang kononnya hamil sebelum mendapat tahu ‘wanita’ itu sebenarnya lelaki.

Mangsa bernama Wang dari Huaiyang, wilayah Henan, mengenali kekasihnya itu di Internet dan menjalinkan hubungan sehingga ‘wanita’ terbabit memberitahunya dia hamil.

Keluarga Wang terus membuat perancangan untuk majlis perkahwinan pasangan itu, namun mereka semua terkejut apabila pengantin wanita itu menghilangkan diri hanya tiga hari selepas majlis dan melarikan hadiah serta barangan berharga puluhan ribu yuan.

Kerana menyangka pasangan itu sekadar bertengkar, keluarga terbabit tidak melaporkan kehilangan si isteri kepada polis, lapor Sina.

Namun pada masa sama, seorang lelaki dari Ruzhou melaporkan kepada polis mengenai gadis ditemuinya bernama Miao Xiaomin yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuknya menyerahkan 31,000 yuan (RM19,400). – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan