Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jepun tawar subsidi AS$20,000 untuk kereta sel bahan api

japan rebate

TOKYO: Jepun akan menawarkan subsidi sekurang-kurangnya dua juta yen (RM63,660) bagi setiap unit kenderaan dijana sel bahan api.

Perdana Menteri, Shinzo Abe, membuat tawaran itu sejajar usaha kerajaan dan pengeluar kenderaan termasuk Toyota Motor Corp yang sedang berusaha untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan sedemikian.

Dengan subsidi itu, pengguna dijangka membayar kira-kira 5 juta yen (RM156,940) bagi sebuah sedan janaan sel bahan api Toyota yang dijangka mula dijual hujung tahun depan dengan tanda harga kira-kira 7 juta yen (RM219,720) seunit.

Abe yang melawat sebuah stesen hidrogen dan memandu uji kenderaan sel bahan api itu, mengumumkan akan memberi sokongan penuh kepada teknologi itu menerusi subsidi dan pembelian kenderaan itu oleh agensi kerajaan.

“Inilah kereta untuk era baru kerana tidak mengeluarkan kabon dioksida dan sangat mesra alam, justeru kerajaan akan memberi sokongan,” katanya.

Strategi pertumbuhan direncanakan Abe termasuk agenda galakan penggunaan tenaga hidrogen dan sel bahan api, yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api dan dipacu elektrik daripada sel yang menggabungkan hidrogen dan oksigen. Kenderaan ini hanya mengeluarkan wap air dan haba.

Selain Toyota, Honda juga merancang mengeluarkan kenderaan sel bahan api pada 2015.
Bagaimanapun, kerajaan dan peserta industri mengakui teknologi itu mungkin mengambil masa beberapa dekad lagi untuk berkembang sepenuhnya kerana kos membangunkan prasarana stesen hidrogen.-Reuters

Komen


Berita Berkaitan